Sunday, 21 June 2015

Sambal kering ikan bilis kentang

Lepas dapat resepi dari pamapedia tu, saya terus masuk ke dapur. Cari ikan bilis dan kentang. Punyalah semangat nak buat sambal kering ikan bilis ni. Untuk juadah sampingan berbuka dan bersahur. Orang melayu memang begini. Juadah sampingan memang tip top! 

Sambal kering ini saya guna resepi sendiri. Selepas mendapat ilham masakan dari blog pamapedia. Kalau nak tengok resepi blog pamapedia boleh tengok entri ini. Nak buat sambal kering ikan bilis memang senang. Jom tengok apa bahan-bahan yang perlu ada dan cara memasaknya...

Tiga genggam ikan bilis di goreng rangup
Enam biji kentang di hiris nipis
Sebiji bawang besar dihiris nipis
Separuh biji bawang besar dikisar bersama 10 batang cili kering dan 5 ulas bawang putih.
Secubit belacan
Halia 2 keping hiris nipis saiz 1cm x 3cm
Garam dan gula perang secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa
200ml air
Cara-caranya:

1) Goreng bilis. Apabila sudah garing, masukkan ke dalam pinggan.
2) Goreng kentang. Apabila kekuningan angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
3) Kisar sebiji bawang besar, 5 ulas bawang putih, secubit belacan, halia, 5 ekor ikan bilis mentah dan cili kering (cili kering telah saya rendam dengan air panas sehingga kembang). 
4) Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang dihiris tadi. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Kacau sehingga pecah/terbit minyak. Perasakan dengan air asam jawa, gula dan garam. Masukkan 200ml air. Kacau lagi sehingga didih. Tunggu sehingga sambal pekat. 
5) Masukkan ikan bilis dan kentang goreng tadi ke dalam sambal. Kacau seketika kemudian tutup api. Boleh juga dimasukkan tempe yang dipotong nipis dan digoreng ataupun kacang tanah yang dah di panggang. 

Cuba jangan tak cuba!





Wednesday, 17 June 2015

Sedapnya ikan bilis!

Resepi yang akan saya share ni.. bukan hak milik Nur Yusuf. Yang ini saya copy dari blog pamapedia. Boleh klik sini untuk view page pamapedia. Sempena bulan puasa yang bakal tiba esoknya, eloklah kita cuba pelbagaikan menu ringkas. Untuk sahur boleh, untuk berbuka pun boleh. Tengok stok ikan bilis di rumah memang banyak. Setahun tak habis! So jom kita study dulu  7 resepi ikan bilis ini. Memang mudah. 

1. Sambal Ikan Bilis Kentang

Katanya ini jenis sambal kering rangup. Biasa juga jumpa di kedai makan sewaktu di Malaysia dulu.

Bahan-Bahan:

3 biji kentang
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
gula secukup rasa
sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)

Cara Penyediaan:

Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.

2. Ikan Bilis Goreng Asam (Dengan Asam Jawa)

Bahan-bahannya:

Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 1 biji
Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
1 sudu besar gula
Garam (secukup rasa)
Ikan bilis
Kentang 1 biji (dipotong nipis)
Minyak

Cara-caranya:

Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!

Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu.

3.Sambal Ikan Bilis Dan Kacang

Bahan-bahan

100 g ikan bilis goreng dan sejukkan
200 g kacang tanah goreng dan sejukkan
sedikit air asam jawa
3 sdb gula garam secukup rasa
Minyak menumis 1/2 cawan
Bahan Giling 30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah- Blend semua bahan sehingga halus

Cara-caranya

Panaskan minyak dan tumis bahan blend Masukkan gula,garam dan air asam biar sehingga agak gareng dan kering bersakar sedikit. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika Masukkan kacang goreng dan bilis goreng..gaul rata dan pastikan sambal menyaluti kacang dan bilis sepenuhnya

4.Sambal Ikan Bilis Hijau ( Campur petai / Terung Pipit)

Bagi peminat sambal belacan, apa kata cuba resipi sambal hijau ala padang untuk menu berbuka puasa bersama keluarga.

Ia pasti enak dimakan bersama nasi yang masih panas dan ikan masin untuk menambah selera anda.

Bahan-bahan:

100 gram cili hijau
Sedikit cili padi
1 ulas bawang besar
100 gram terung pipit/petai
Sedikit belacan
1 biji tomato – dipotong dadu ( optional)
Ikan bilis

Cara-cara:

Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.
Cili hijau, cili padi dan belacan dikisar. Kemudian tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
Masukkan terung pipit atau petai, bawang besar, potongan tomato dan ikan bilis. Tumis semua bahan tadi dan taburkan sedikit garam.
Angkat dan hidang.


5. Kerabu Ikan Bilis

Bawang besar/merah
Cili api/padi
Daun limau purut
Serai
Semua diatas dihiris halus2
Ikan bilis goreng
Sedikit gula
Air limau kasturi
Gaul semua bahan dan sedia untuk dimkn
Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.



6. Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Bahan bahan:

1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering – dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia – opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara cara:

Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.

Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.

Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Nota:

Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

7. Ikan Bilis Goreng Masak Kicap

Bahan-bahannya:

1 cawan ikan bilis – di goreng garing
1 labu bawang besar di hiris
1 tangkai cili merah – di hiris
1 tangkai cili hijau – di hiris
10 batang cili api di hiris atau di ketuk
2 sudu besar kicap manis
Secubit garam untuk perasa (jika perlu)

Cara-caranya:

1. Ikan bilis yang di goreng garing di ketepikan.
2. Gunakan sedikit minyak sahaja dan tumiskan
bawang hiris sehingga naik bau wangi.
3. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili api tadi.
4. Masukkan kicap manis dan gaul rata.
5. Tutupkan api.
6. Masukkan pula ikan bilis goreng tadi di gaul rata.

Sedia untuk di hidang.


Itulah tujuh resepi ringkas yang dikongsi oleh Pamapedia. Kredit untuk koleksi resepi ringkas ini. Terima kasih. Kepada para pembaca, jom masuk dapur!


Sunday, 7 June 2015

Lasagna bakar






Lasagna ni buat untuk dinner. Tak ada idea nak masak apa. Tekak rasa malas nak jamah nasi. Korek-korek dapur jumpa bahan-bahan basic untuk buat lasagna bakar. Memang simple. Bahan-bahan yang diguna:

1) 8 keping lasagna sheet di rebus dahulu bersama sedikit garam dan minyak (saya didihkan air dulu bersama garam dan 1-2 sudu besar minyak, dah mendidih baru masukkan lasagna)

2) 400g daging kisar (Kalau tak ada daging kisar, guna daging kiub, kisar dalam food processor)

3) Sebiji bawang besar dipotong dadu

4) Setengah botol Bolognese sauce

5) Lada hitam ditumbuk kasar

6) Keju cheddar di parut (ikut citarasa masing-masing) 

7) 2 biji telur

8) 50 ml krim masakan 


Ok. Kesemua bahan di atas yang saya guna untuk masak lasagna seperti dalam gambar. Biasanya kalau memang plan dari awal, saya akan beli sosej saiz besar di hiris nipis bulat-bulat untuk diletakkan bahagian topping, mozarela cheese.. sebab saya suka tekstur yang boleh tarik-tarik gitu... mozarela cheese ini saya akan cubit-cubit dan letak disetiap lapis, juga di bahagian topping, capsicum 3 color.. hujai, kuning, merah.. hiris nipis untuk topping, cendawan butang segar ataupun dalam tin untuk dihiris dan letakkan disetiap lapisan..

Cara-cara masak kuah merah lasagna..

1) Tumis bawang besar dengan sedikit minyak sehingga layu. Masukkan daging kisar. Lada hitam dan sedikit garam. Tumis bersama sehingga daging masak.

2) Masukkan kuah bolognese.. gaul sehingga mendidih. Perasakan dengan sedikit gula dan garam. sesuaikan dengan selera masing-masing. 
(Kuah bolognese ini sebenarnya boleh dibuat sendiri kalau taknak guna yang readymade.. dulu di Malaysia memang buat sendiri sebab jimat. Nanti saya share resepi.. Insyallah. Kalau buat sendiri kena pakai buah tomato, Basil, Oregano.. tapi di Ireland, tomato 6 biji Eur 1.29.. kalau readymade bolognese sauce cuma Eur 0.65 sebotol. Murah kan? Sebab itu saya tak buat sendiri. Hahaha.. beli lagi murah.. sudahlah nak pakai buah tomato banyak.. 

Oh ya.. kuah lasagna ni kalau boleh jangan banyak air sangat. Biar kering sedikit.

Cara-cara sediakan kuah putih lasagna:

Dua biji telur dipukul bersama 50ml cream dan dicampur  keju parut. Gaul sebati. Kalau tak cukup boleh buat tambah.

Cara-cara melapisi lasagna:

Lapisan pertama (bawah sekali) adalah lasagna sheet. Kemudian dilapisi kuah merah. Ratakan. (Jika ada.. Susun cendawan yang dipotong. Susun mozarela cheese).

Lapisan Kedua lasagna sheet. Kemudian di lapisi kuah putih di atasnya. (Susun mozarela cheese jika ada)

Lapisan Ketiga lasagna sheet. Kemudian dilapisi kuah merah. Susun sosej nipis jika ada. Kemudian Dilapisi kuah putih atas kuah merah. Tabur capsicum (jika ada). Tabur keju parut. (Tabur mozarela jika ada)

Tutup dengan aluminium foil. Bakar suhu 200 degree selama 20 minit. Keluarkan dari oven, cucuk-cucuk dengan pisau supaya air yang bertakung dalam lasagna kering sedikit. Masukkan semula ke dalam oven tanpa ditutup dengan aluminium foil. Bakar lagi selama 10-15 minit. Hingga permukaan atas garing.

Setelah masak sejukakan sedikit dan hidang.. 

Enjoy!