Sunday, 26 April 2015

Cerita kuali panas!!


Dah lama nak cuba masak sizzling yee mee, tapi tak beli-beli lagi hot plate. Hot plate ada jual di Musgrave. Eur 10 satu. Kalau convert RM dalam RM 40++ kut.. So pagi ni kita cuba buat tanpa guna hot plate. Jadi ke tidak..

Resepi untuk buat sizzling mee ni, saya ubah-ubah ikut kesesuaian tekak sendiri.. inilah hasilnya..

Bahan-bahan untuk membuat sizzling mee setelah ditokok tambah jadi rupanya begini.. (untuk 2 hidangan)
1) Hiris nipis-nipis bawang putih (boleh guna berapa banyak yang suka, saya guna 6 ulas), halia sebesar 2cm x 3cm, cili kering ikut pedas (saya letak 5 biji.. cili tu kerat 3). Tumis dengan 2 sudu besar minyak masak sehingga naik bau wangi.

2) 4 ketul kepak ayam (dipotong dam diambil bahagian besar sahaja.. yang belah sayap tu tak ambil.. sebab tak comel..haha). Masukkan ayam ke dalam kuali dan goreng hingga 3/4 masak. Saya tak suka bahagian ayam yang lain. Sebab macam tak sedap untuk kuah sizzling.. cewahhh...

3)Masukkan 5 cawan air beserta 3 sudu besar sos tiram, 4 sudu besar kicap cair, 3 sudu besar kicap pekat, satu sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus. Tunggu sehingga mendidih. 

4) Potong 4-5 cendawan shitake kering (rendam dulu 30 minit), masukkan ke dalam kuali. Biarkan lebih kurang 5 minit. 

5) Bancuh satu sudu besar tepung jagung bersama satu cawan air. Tuang ke dalam kuali. Apabila agak pekat, masukkan 1 sudu besar minyak bijan. Kacau seketika dan matikan api.

6) Ambil hot plate atau pan. Masukkan kuah sizzling sahaja lebih kurang 3 senduk dan sedikit air masak.. sedikit saja tau (ayam dan cili kering jangan dulu). Masukkan yee mee yang direndam 15 minit. Anggaran saiz untuk seorang makan. Pecahkan sebiji telur. Masukkan sawi yang telah dipotong. Sendukkan ayam dan cendawan letak atas mee. Setelah yee mee agak masak, tutup api. Siap!






Hiris cili jeruk atau cili api. Kalau guna hot plate boleh terus makan. Kalau guna pan.. nak makan dalam pan pun boleh.. hehe.. macam gambar di atas. Kalau tuang dalam pinggan nanti habis rosak susunan tu.. tak syok ok!! Selamat mencuba ;)


Aduhai kambing...

Pagi Jumaat nan indah. Mama termenung sendiri sambil ligat berfikir menu apa nak masak untuk makan tengahari. Intai dalam peti ais apa yang ada. Tengok-tengok ada kambing. So.. apa lagi.. kita buat nasi kambing nak? Takut bunyi 'kambing' tu kan? Nak panggil nasi Arab pun boleh. Tapi not sure kat mana yang 'arab' nya tu? Sebab nasi kambing ni mama guna resepi ikut rasa hati sendiri. So memang tak ada nama..

Mama memang malas nak ikut resepi untuk masakan yang kalau boleh guna resepi idea sendiri. Tambah-tambah kalau nak masak benda yang simple sangat. Yang kelakar tu.. selalu juga lah terpaksa 'try n error'.. dah nama pun resepi sendiri. Lepas dah percubaan pertama, ada lah pula nantinya percubaan kedua dan seterusnya. Nasib Encek Z lah terpaksa rasa eksperimen-eksperimen dapur mama. Hahaha...

Ok.. tak perlu nak lengah-lengah lagi.. jum tengok apa jadi nasi kambing mama ni. Tapi bukan 'disaster' lah ye. Tu sebab mama berani nak share dengan u all.. hehe..

Resepi mama ni tak ada tumis menumis. Mama masukkan 7 ketul rib kambing ke dalam periuk. Letak air sampai semua rib tenggelam. Mama hiris halia sebesar ibu jari orang dewasa, bawang putih dalam 5 ulas, bawang besar separuh biji, bunga lawang 2 kuntum, kulit kayu manis besar jari kelingking dewasa, bunga cengkih dalam 5 biji, buah pelaga 5 biji, bay leave 2 helai, garam secukup rasa dan perahan lemon separuh biji... semuanya dalam satu periuk.. nyalakan api. Tunggu sup mendidih. Panggil sup lah ye. Panggil rebusan macam tak syok je.. hehe

Sambil tunggu sup mendidih, mama basuh 3 cawan beras basmati. Dan toskan.

Bila sup kambing sudah mendidih, mama masukkan minyak sapi 2 sudu besar.

Lebih kurang 1 jam 15 minit mama tutup api. Dan tuang sup ke dalam periuk nasi. Aturan letak..
 1)Letak beras
2)Masukkan sup 4 cawan setengah ke dalam periuk nasi (masuk sup sahaja dan juga bay leaves. Yang lain tak perlu. Meriah pula dalam nasi tu nanti ;p)
3) Masuk susu 1/4 cawan
4) Baru masukkan rib kambing. Susun cantik-cantik atas beras tu. Jangan kacau. Supaya beras tak lekat atas tulang. Takut kurang masak pula beras yang tersisa atas tulang tu nanti..

Lepas tu masuk dalam periuk. Tak kisahlah nak guna brand apa. Yang ni saja mama ada kat dapur tu.. Untuk Tefal mama pilih option 'Quick rice'.. biarkan sampai periuk bunyi beeeeeeeeppp....

Dah siap bolehlah makan ye. Tak  ada sayur atau salad. Sebab mama masak apa yang ada sahaja.  Lebihan sup tadi mama makan dengan nasi. Barulah nasi basah-basah gituuu... Senang kan? Janji sedap untuk dimakan.. :) Mama sengaja tak letak saffron. Dah selalu letak saffron. Hari ni tekak nak makan yang original lah kononnya.. hahaha.. nampak tak cili jauh nun di sana? Haa.. bawah ni mama bagi resepi untuk cili tu ok?

Sebiji tomato. 4 biji cili padi merah. bawang putih seulas. Mama hiris halia nipis sangat sebesar separuh jari kelingking. Kemudian letak cuka. Cuka yang biasa mama guna jenis Apple vinegar. Cuka epal dua sudu besar dan gula dua sudu besar. Kisar.

Lepas tu mama masak cili ni atas api sampai mendidih. Sebab mama suka cili yang dimasak. Rasanya lebih sedap.
Boleh cuba masak sendiri. Mama rasa.. untuk masak yang penting kita kena minat. Sebab kalau kita minat.. waktu malas pun kita boleh masak. Jadi, kalau korang jumpa orang yang sangat malas untuk masak.. dia sebenarnya bukannya malas.. tapi tidak minat. Itu saja. So peace!



Benjo 5 minit

'Benjo 5 minit' ni favourite Adam dan Ilman bila mereka berdua tak nak makan nasi pada waktu malam. Very simple. Senang! Mama boleh masak sambil buat kerja lain. Cara-cara untuk membuat 'Benjo 5 minit' ni akan mama kongsi satu persatu dalam gambar-gambar di bawah...



Mula-mula panaskan mentega bersama acuan telur.

Masukkan sebiji telur. Letak separuh sudu kecil mentega ke dalam telur. Tidak perlu letak garam.

Sapu mentega pada roti dan bakar dengan menggunakan electric toaster.

Letak telur tadi atas roti.

Picit sedikit sos cili atau tomato.

Letak sekeping keju di atasnya dan juga mayonis. Boleh letak salad jika mahu.



Tutup roti. Siap!





Selamat mencuba!

Manis-manis si kuih koci...

Alahai sedapnya kuih koci. Tengok gambar pun rasa terliur. Kuih koci ni ada dua jenis. Yang santan dan tidak bersantan. Mama lebih suka yang tidak bersantan sebab senang nak balut. Maklumlah.. daun pisang Ireland ni bukan macam di Malaysia.. ia cukup menguji kesabaran mama. Daun pisang frozen lah katakan... 

Mama dah tiga kali buat kuih koci sepanjang menetap di sini. Teringin punya pasal. Bila jengah entri mama, faham-fahamlah ye. Resepi nya memang ikut rasa hati dan rasa tangan mama. Tambah-tambah bab-bab doh dan juga yang melibatkan tepung. 

Jom kita tengok sama-sama cara mama moden buat kuih koci. Petik jari u ollsss....

Mula-mula kena masak inti. Untuk inti mama letak..
1) Lebih kurang dua cawan setengah dessicated coconut (sebab dekat Ireland tak ada kelapa fresh ye adik-adik..)
2) 200 ml santan is a must. Sebab dessicated coconut ni rasanya hambar. So kena letak santan untuk 'hidupkan' rasanya. Faham. Faham?
3) Gula kabung 2 biji.. uiii jauh gula ni terbang dari Malaysia
4)Gula putih ikut manis.. lebih kurang tiga sudu besar. Rasa dulu sebelum letak. Kalau dah manis.. stop!
5) Daun pandan

Letak kicap sikit ganti garam. Dan supaya 'naik' color perang inti tu...

Letak tepung gandum satu sudu besar. supaya intinya basah-basah gitu. Kalau tidak inti jadi kering.. tak best ok?

Settle! Angkat masuk ke dalam mangkuk

Tepung beras pulut 500g. Beras pulut hitam dikisar halus bersama secawan air. Beras pulut hitam dalam separuh cawan saja. Tuang perlahan-lahan air beras pulut hitam untuk adjust kekentalan doh. Jangan kurang air..nanti doh mudah lerai. Jangan lebih air. lembik sangat susah nak bentuk nanti.. masukkan secubit garam ye..

Just nice.. try uli-uli manja. Kena jadi macam ni.. OK lepas ni, ambil secubit tepung.. ratakan leper.. letak inti ditengah. Tutup. Masuk dalam daun pisang.. bungkus!

kukus! 

Jom makan! 

Senang sangat nak buat kuih koci pulut hitam ni.. selamat memasak!