Dah lama nak cuba masak sizzling yee mee, tapi tak beli-beli lagi hot plate. Hot plate ada jual di Musgrave. Eur 10 satu. Kalau convert RM dalam RM 40++ kut.. So pagi ni kita cuba buat tanpa guna hot plate. Jadi ke tidak..
Resepi untuk buat sizzling mee ni, saya ubah-ubah ikut kesesuaian tekak sendiri.. inilah hasilnya..
Bahan-bahan untuk membuat sizzling mee setelah ditokok tambah jadi rupanya begini.. (untuk 2 hidangan)
1) Hiris nipis-nipis bawang putih (boleh guna berapa banyak yang suka, saya guna 6 ulas), halia sebesar 2cm x 3cm, cili kering ikut pedas (saya letak 5 biji.. cili tu kerat 3). Tumis dengan 2 sudu besar minyak masak sehingga naik bau wangi.
2) 4 ketul kepak ayam (dipotong dam diambil bahagian besar sahaja.. yang belah sayap tu tak ambil.. sebab tak comel..haha). Masukkan ayam ke dalam kuali dan goreng hingga 3/4 masak. Saya tak suka bahagian ayam yang lain. Sebab macam tak sedap untuk kuah sizzling.. cewahhh...
3)Masukkan 5 cawan air beserta 3 sudu besar sos tiram, 4 sudu besar kicap cair, 3 sudu besar kicap pekat, satu sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus. Tunggu sehingga mendidih.
4) Potong 4-5 cendawan shitake kering (rendam dulu 30 minit), masukkan ke dalam kuali. Biarkan lebih kurang 5 minit.
5) Bancuh satu sudu besar tepung jagung bersama satu cawan air. Tuang ke dalam kuali. Apabila agak pekat, masukkan 1 sudu besar minyak bijan. Kacau seketika dan matikan api.
6) Ambil hot plate atau pan. Masukkan kuah sizzling sahaja lebih kurang 3 senduk dan sedikit air masak.. sedikit saja tau (ayam dan cili kering jangan dulu). Masukkan yee mee yang direndam 15 minit. Anggaran saiz untuk seorang makan. Pecahkan sebiji telur. Masukkan sawi yang telah dipotong. Sendukkan ayam dan cendawan letak atas mee. Setelah yee mee agak masak, tutup api. Siap!
Hiris cili jeruk atau cili api. Kalau guna hot plate boleh terus makan. Kalau guna pan.. nak makan dalam pan pun boleh.. hehe.. macam gambar di atas. Kalau tuang dalam pinggan nanti habis rosak susunan tu.. tak syok ok!! Selamat mencuba ;)

No comments:
Post a Comment