Pagi Jumaat nan indah. Mama termenung sendiri sambil ligat berfikir menu apa nak masak untuk makan tengahari. Intai dalam peti ais apa yang ada. Tengok-tengok ada kambing. So.. apa lagi.. kita buat nasi kambing nak? Takut bunyi 'kambing' tu kan? Nak panggil nasi Arab pun boleh. Tapi not sure kat mana yang 'arab' nya tu? Sebab nasi kambing ni mama guna resepi ikut rasa hati sendiri. So memang tak ada nama..
Mama memang malas nak ikut resepi untuk masakan yang kalau boleh guna resepi idea sendiri. Tambah-tambah kalau nak masak benda yang simple sangat. Yang kelakar tu.. selalu juga lah terpaksa 'try n error'.. dah nama pun resepi sendiri. Lepas dah percubaan pertama, ada lah pula nantinya percubaan kedua dan seterusnya. Nasib Encek Z lah terpaksa rasa eksperimen-eksperimen dapur mama. Hahaha...
Ok.. tak perlu nak lengah-lengah lagi.. jum tengok apa jadi nasi kambing mama ni. Tapi bukan 'disaster' lah ye. Tu sebab mama berani nak share dengan u all.. hehe..
 |
| Resepi mama ni tak ada tumis menumis. Mama masukkan 7 ketul rib kambing ke dalam periuk. Letak air sampai semua rib tenggelam. Mama hiris halia sebesar ibu jari orang dewasa, bawang putih dalam 5 ulas, bawang besar separuh biji, bunga lawang 2 kuntum, kulit kayu manis besar jari kelingking dewasa, bunga cengkih dalam 5 biji, buah pelaga 5 biji, bay leave 2 helai, garam secukup rasa dan perahan lemon separuh biji... semuanya dalam satu periuk.. nyalakan api. Tunggu sup mendidih. Panggil sup lah ye. Panggil rebusan macam tak syok je.. hehe |
 |
| Sambil tunggu sup mendidih, mama basuh 3 cawan beras basmati. Dan toskan. |
 |
| Bila sup kambing sudah mendidih, mama masukkan minyak sapi 2 sudu besar. |
 |
Lebih kurang 1 jam 15 minit mama tutup api. Dan tuang sup ke dalam periuk nasi. Aturan letak..
1)Letak beras
2)Masukkan sup 4 cawan setengah ke dalam periuk nasi (masuk sup sahaja dan juga bay leaves. Yang lain tak perlu. Meriah pula dalam nasi tu nanti ;p)
3) Masuk susu 1/4 cawan
4) Baru masukkan rib kambing. Susun cantik-cantik atas beras tu. Jangan kacau. Supaya beras tak lekat atas tulang. Takut kurang masak pula beras yang tersisa atas tulang tu nanti.. |
 |
| Lepas tu masuk dalam periuk. Tak kisahlah nak guna brand apa. Yang ni saja mama ada kat dapur tu.. Untuk Tefal mama pilih option 'Quick rice'.. biarkan sampai periuk bunyi beeeeeeeeppp.... |
 |
| Dah siap bolehlah makan ye. Tak ada sayur atau salad. Sebab mama masak apa yang ada sahaja. Lebihan sup tadi mama makan dengan nasi. Barulah nasi basah-basah gituuu... Senang kan? Janji sedap untuk dimakan.. :) Mama sengaja tak letak saffron. Dah selalu letak saffron. Hari ni tekak nak makan yang original lah kononnya.. hahaha.. nampak tak cili jauh nun di sana? Haa.. bawah ni mama bagi resepi untuk cili tu ok? |
 |
| Sebiji tomato. 4 biji cili padi merah. bawang putih seulas. Mama hiris halia nipis sangat sebesar separuh jari kelingking. Kemudian letak cuka. Cuka yang biasa mama guna jenis Apple vinegar. Cuka epal dua sudu besar dan gula dua sudu besar. Kisar. |
 |
| Lepas tu mama masak cili ni atas api sampai mendidih. Sebab mama suka cili yang dimasak. Rasanya lebih sedap. |
Boleh cuba masak sendiri. Mama rasa.. untuk masak yang penting kita kena minat. Sebab kalau kita minat.. waktu malas pun kita boleh masak. Jadi, kalau korang jumpa orang yang sangat malas untuk masak.. dia sebenarnya bukannya malas.. tapi tidak minat. Itu saja. So peace!
No comments:
Post a Comment