Wednesday, 13 May 2015

Tiramisu di petang hari


Nak tahu tak resepi tiramisu ni? 

Gambar hasil Tiramisu yang pertama. 


Dua kali buat Tiramisu guna resepi yang sama. Resepi di ambil dari channel YouTube Chef Dr. Ezani dan diolah mengikut kesesuaian bahan yang ada. Hehehe.. Tiramisu yang kedua tak sempat nak snap photo sebab busy sikit hari tu, ada tetamu bertandang..  Nak tahu apa bahan-bahan untuk buat tiramisu?

1) 3 biji telur. Asingkan putih telur dan kuning telur.
2) Pukul 3 biji telur kuning bersama satu pertiga cawan gula kastor (menggunakan teknik double boil). Masukkan satu sudu kecil esen vanila.
3) Masukkan 250g soft cheese atau resepi asal menggunakan mascarpone. Pukul sehingga sebati. First time try buat Tiramisu guna Mascarpone, kali kedua guna soft cheese. Hasilnya sama sahaja. :)
4)Setelah kuning adunan kuning telur agak kental.. alihkan dari punca api. Rehatkan lebih kurang 4 minit. Sementara itu pukul  300 ml 'whipping cream' sehingga kembang. Jangan pukul terlalu lama.
5) Masukkan whipping cream yang telah kembang ke dalam adunan kuning telur tadi menggunakan spatula. Kacau perlahan. Kaup balikkan. Hingga sebati.
6) Pukul putih telur hingga kembang. Sampai kalau kita angkat mixer tu putih telur berbentuk seakan puncak gunung.
7) Masukkan putih telur ke dalam campuran adunan tadi dengan cara kaup balik. Kacau perlahan hingga sebati.
8) Biskut jejari.. dicelup ke dalam bancuhan air   dua sudu kecil kopi dan satu sudu besar gula (tunggu sehingga air kopi sejuk.. jangan celup waktu panas.. lembik biskutnya nanti..) Celup tu sekejap je. Celup sekeliling. Depan belakang biskut. Dalam 4 saat begitu..
9) Ambil bekas. Susun biskut sampai penuh lapisan bawah. Lapiskan dengan adunan telur+cream+meringue (putih telur). Kemudian susun semula biskut jejari yang dicelup kopi di atas lapisan krim. Ulang sehingga selesai. Berlapis-lapis tau..
10) Tutup bekas dengan penutupnya atau menggunakan cling film. Seeloknya biar 24- 30 jam. Supaya biskut tadi lembut. Bila nak hidangkan.. tabur dengan serbuk koko. Dan potong halus-halus dark chocolate tabur atas Tiramisu.

Siap!

No comments:

Post a Comment