Sunday, 21 June 2015

Sambal kering ikan bilis kentang

Lepas dapat resepi dari pamapedia tu, saya terus masuk ke dapur. Cari ikan bilis dan kentang. Punyalah semangat nak buat sambal kering ikan bilis ni. Untuk juadah sampingan berbuka dan bersahur. Orang melayu memang begini. Juadah sampingan memang tip top! 

Sambal kering ini saya guna resepi sendiri. Selepas mendapat ilham masakan dari blog pamapedia. Kalau nak tengok resepi blog pamapedia boleh tengok entri ini. Nak buat sambal kering ikan bilis memang senang. Jom tengok apa bahan-bahan yang perlu ada dan cara memasaknya...

Tiga genggam ikan bilis di goreng rangup
Enam biji kentang di hiris nipis
Sebiji bawang besar dihiris nipis
Separuh biji bawang besar dikisar bersama 10 batang cili kering dan 5 ulas bawang putih.
Secubit belacan
Halia 2 keping hiris nipis saiz 1cm x 3cm
Garam dan gula perang secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa
200ml air
Cara-caranya:

1) Goreng bilis. Apabila sudah garing, masukkan ke dalam pinggan.
2) Goreng kentang. Apabila kekuningan angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
3) Kisar sebiji bawang besar, 5 ulas bawang putih, secubit belacan, halia, 5 ekor ikan bilis mentah dan cili kering (cili kering telah saya rendam dengan air panas sehingga kembang). 
4) Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang dihiris tadi. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Kacau sehingga pecah/terbit minyak. Perasakan dengan air asam jawa, gula dan garam. Masukkan 200ml air. Kacau lagi sehingga didih. Tunggu sehingga sambal pekat. 
5) Masukkan ikan bilis dan kentang goreng tadi ke dalam sambal. Kacau seketika kemudian tutup api. Boleh juga dimasukkan tempe yang dipotong nipis dan digoreng ataupun kacang tanah yang dah di panggang. 

Cuba jangan tak cuba!





No comments:

Post a Comment